Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KIS Bantu Memperkukuh Literasi Keselamatan Digital dalam Kalangan Pelajar

By 23 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 23 Jul (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh literasi keselamatan digital dalam kalangan pelajar diteruskan menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberi penekanan terhadap risiko keselamatan dalam talian, pencegahan penipuan digital serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab dan beretika.

Para pelajar didedahkan dengan penyampaian bersemuka berkaitan penggunaan Internet dengan selamat dan jenayah siber.

Menurut Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kedah Sharliza Saary, inisiatif ini adalah antara langkah strategik untuk membendung penipuan siber seperti kes scammer (penipu) serta menyemai nilai kebertanggungjawaban digital terutama dalam kalangan remaja.

Sharliza Saary turut berkongsi maklumat mengenai pengurusan risiko digital dan peranan penting pengguna dalam membina ekosistem Internet yang selamat.

Sementara itu, Azmi Md Said, turut dipilih sebagai ikon guru, menyifatkan program ini sangat relevan dan perlu diperluaskan.

“Kita hidup dalam era di mana terlalu ramai terpedaya kerana buta IT (teknologi maklumat). Program sebegini memberi pencerahan dan mendedahkan realiti sebenar dunia siber,” ujarnya.

Komitmen yang tunjukkan oleh para pelajar sangat baik bila ramai yang mengambil bahagian ketika sesi soal jawab.

Nurin Norhazlina Abd Khair, 18, yang diumumkan sebagai ikon KIS, berkata program ini telah membuka matanya terhadap had umur penggunaan media sosial, serta kesan jangka panjang terhadap privasi dan data peribadi.

“Kami dibahagikan kepada kumpulan dan diberi simulasi untuk mengendalikan kes scammer, ia sangat memberi pendedahan dan pengalaman baru,” katanya.

Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, di sini kelmarin menggunakan pendekatan interaktif dan santai diyakini mampu melahirkan generasi celik digital, bijak menilai, berwaspada terhadap ancaman dalam talian dan bertanggungjawab sebagai warganet.

-RI

Tinggalkan komen anda