Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kolaborasi Komuniti MADANI Kampung Laut, TNB Perjelas Tarif Terbaharu

By 12 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud

TUMPAT, 12 Jul (MalaysiaAktif) – Inisiatif kolaboratif bersama Komuniti MADANI Kampung Laut bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memberi kefahaman mendalam kepada orang ramai berhubung pelaksanaan struktur baharu tarif elektrik yang berkuat kuasa sejak 1 Julai lalu.

Pengurus State Retail Partner Tenaga Nasional Berhad Negeri Kelantan.

Program Jiwa@Komuniti MADANI (Sembang Santai) menampilkan pegawai daripada TNB bagi memberi penerangan secara ilmiah dan berfakta mengenai rasional pelaksanaan penstrukturan tersebut.

Menurut Pengurus Bahagian State Retail Partner TNB Kelantan Muhammad Haslan Ismail, penstrukturan semula itu adalah langkah penambahbaikan yang memberi manfaat kepada pengguna domestik dengan kadar penggunaan antara 600 hingga 700 kilowatt jam (kWj) sebulan.

“Dengan pengurusan penggunaan elektrik secara lebih cekap, terutamanya mengelakkan penggunaan tinggi pada waktu puncak antara jam 2.00 petang hingga 10.00 malam, pengguna mampu menikmati penjimatan yang ketara dalam bil bulanan mereka,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan meter pintar juga dilihat membantu pengguna mendapatkan bacaan lebih konsisten berbanding meter lama.

“Pada masa sama, rebat RM40 bagi golongan layak tetap dikekalkan sebagai bentuk sokongan kebajikan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Antara yang hadir.

Seorang peserta program, Norani Mat Ruzi, 46, meluahkan rasa puas hati dengan penjelasan yang disampaikan secara bersemuka oleh wakil TNB.

“Sebelum ini, saya keliru dengan perubahan tarif, tapi selepas dengar penerangan hari ini, saya lebih faham dan tahu bagaimana nak kawal penggunaan elektrik,” ujarnya.

Selain sesi penerangan, majlis turut menyampaikan sumbangan kepada 30 asnaf tempatan oleh Pertubuhan Kebajikan Ihsan MADANI Parlimen Tumpat, sebagai menyantuni komuniti setempat.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Kelantan itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat tepat, terus daripada sumber sahih, sekali gus mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial.

-RI

Tinggalkan komen anda