Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lenggong Jadi Destinasi Pelancong, Lonjak Lebih 280 Peratus

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/Saarani Mohamad

LENGGONG, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Lembah Lenggong terus mencatat pertumbuhan pesat sebagai destinasi pelancongan warisan apabila jumlah kehadiran pelancong melonjak lebih 280 peratus dalam tempoh dua tahun.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohama, berkata jumlah pelancong meningkat daripada 24,770 orang pada 2022 kepada 114,182 orang tahun lepas.

Saarani bersama Penilai Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark Prof. Dr. Mahito Watanabe dari Jepun (kiri) dan Prof. Dr. Ahmet Serdar Aytac dari Türkiye (kanan).

“Pendapatan pemandu pelancong turut meningkat sebanyak 237 peratus manakala pengusaha penginapan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 145 peratus dalam tempoh sama.

“Peningkatan itu memberi impak positif terhadap kesejahteraan ekonomi masyarakat setempat khususnya komuniti luar bandar termasuk kampung tradisi dan komuniti Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sesi Penilaian Aspiring Lenggong Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di sini kelmarin.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan kerajaan negeri bagi memelihara geotapak serta tapak warisan budaya di Lenggong.

Sesi bergambar seusai majlis.

Tambah Saarani kerajaan negeri juga giat memperkukuh kedudukan Lenggong di pentas antarabangsa sebagai tapak geopelancongan global.

“Lenggong bukan sekadar destinasi pelancongan sebaliknya kini menjadi pusat pembangunan insan berasaskan warisan,” katanya.

Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2012 dijangka terus menjadi antara destinasi pelancongan warisan paling dinamik di Malaysia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda