Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Gawai, Kaamatan Meriahkan Pasar Budaya Borneo Seri Kembangan

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syahirah Hashim/Marina Hila (Petaling)

PUCHONG, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Pasar Budaya Borneo Seri Kembangan kembali meriah sempena Sambutan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan, menampilkan kepelbagaian budaya Borneo yang memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Program tahunan yang dinanti-nantikan itu bukan sahaja menonjolkan kekayaan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak melalui seni, makanan tradisional dan persembahan budaya, malah menjadi medium integrasi nasional yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang.

Chan Foong Hin ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan di Pasar Budaya Borneo Seri Kembangan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, berkata penganjuran program tersebut dilihat mampu memperkukuh perpaduan nasional.

“Identiti Sabah dan Sarawak perlu kita jaga, bagi yang masih belum mengenali budaya Borneo secara dekat, program seperti ini amat penting dalam membantu proses integrasi nasional,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan, di sini semalam.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang melahirkan rasa bangga terhadap perkembangan Pasar Budaya Borneo yang telah beroperasi sejak tahun 2016.

“Sudah sembilan tahun Pasar Budaya Borneo ditubuhkan dan setiap tahun kita raikan Gawai dan Kaamatan di sini, dan tahun ini saya lihat sambutan sangat luar biasa,” katanya.

Yeo Bee Yin turut menyambut baik visi Pasar Budaya Borneo untuk dijadikan destinasi antarabangsa.

Pengerusi Pasar Budaya Borneo, Nelson Entap Anak Engin menyifatkan sambutan itu sebagai platform penting memperkenalkan dan memartabatkan budaya masyarakat Borneo.

Acara pertandingan makan ambuyat berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan.

“Pasar Budaya Borneo bukan sekadar memperkenalkan budaya, tetapi menjadi ruang penyatuan antara masyarakat Borneo dan warga Semenanjung, di sinilah perpaduan dapat dipupuk,” katanya.

Tambahnya, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, termasuk persembahan tarian tradisional, pameran kraftangan dan permainan rakyat.

“Saya berharap para pengunjung menikmati kemeriahan sambutan ini dan terus memberi sokongan padu dalam usaha memartabatkan budaya Borneo,” ujarnya lagi.

-RI

Tinggalkan komen anda