Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PPA Bentuk Pola Pemikiran Sihat

By 13 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farhana Zairozi/Ezwandi Radzi (Manjung)

LUMUT, 13 Jul (MalaysiaAktif) – Pegawai Perhubungan Awam (PPA) berperanan penting membentuk pola pemikiran sihat, mempromosikan nilai intergriti serta tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti.

Peserta program kelihatan gembira kerana memperoleh pelbagai maklumat dan perkongsian hasil program tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak Mohd Azlan Helmi Helmi, PPA turut menjadi tunjang utama mengekang penularan berita palsu dan maklumat yang diragui kesahihannya.

“Bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih dan tidak mengelirukan, PPA berperanan besar mencegah penyebaran khabar angin terutamanya yang berunsur fitnah serta maklumat palsu yang boleh merosakkan pemikiran rakyat.

“Namun, mendidik masyarakat ke arah pemikiran yang membina dan beretika semakin mencabar dalam era globalisasi ini terutamanya melalui media sosial,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Pemerkasaan PPPA, Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Perak di Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor, di sini kelmarin.

Siti Asnida (tengah) menerima sijil penyertaan daripada Mohd Azlan (kiri).

PPA Hospital Taiping Siti Asnida Mat Ali, 44, berkata program selama tiga hari itu menyediakan platform berkesan dalam mengeratkan silaturahim di antar PPA JAPEN Perak, dam membuka peluang ke arah pemerkasaan minda serta membina kreativiti peserta bagi mendidik masyarakat ke arah berfikiran kritikal.

“Program ini membantu kami untuk bijak menganalisa bagi mengenalpasti agenda yang tidak bertanggungjawab serta tidak mudah terpengaruh dengan berita negatif,” ujarnya.

Turut hadir Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JAPEN Perak Ashman Ahmad dan Penghulu Pangkor Zarina Ishak.

-RI

Tinggalkan komen anda