
Laporan/foto: Lyana Athirah (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 13 Jul (MalaysiaAktif) –Taman Nuri, di sini semalam meriah apabila penduduk turun padang menyertai program ‘Langkah Ceria Jiwa Bahagia’ anjuran Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nuri bersama Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar.

Penduduk Taman Nuri memulakan langkah ceria sambil menggayakan baju Kedah dalam program anjuran bersama Jiran Wanita KRT dan Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar.
Berpakaian baju Kedah tradisional, peserta memulakan langkah dari Dewan Taman Nuri menyusuri kawasan perumahan sambil bersantai, bertegur sapa dan mengeratkan hubungan kejiranan.
Bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, program berbentuk riadah itu malah menjadi medium mengeratkan ukhwah sesama komuniti dalam semangat Malaysia MADANI.

Bertegur sapa sesama jiran sambil berjalan santai sekitar Taman Nuri.
“Aktiviti seperti ini mampu membina komuniti yang lebih bersatu dan prihatin, selain memberi ruang kepada penduduk untuk saling mengenali,” kata Ketua Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar Badriah Mustaffa.
-RI





