Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerak

Gotong-Royong KAM Pupuk Muafakat Perpaduan

By 13 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia (Larut Matang dan Selama)/Kolej Komuniti Sungai Siput

BENDANG SIAM, 13 Jul (MalaysiaAktif) – Jalinan antara institusi pendidikan dan masyarakat terus diperkukuh menerusi program gotong-royong Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Batu 8, Bendang Siam Mukim Bukit Gantang, di sini.

Rewang kenduri kampung gulai daging tradisional masyarakat setempat di Kampung Batu 8, Bendang Siam.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Taiping Aznur Anuar Ab Azid, program selama dua hari bermula 11 Julai hasil anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Perak dan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang.

“Ia padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik penyertaan komuniti setempat seperti Rewang Kenduri Kampung sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan warga POLYCC serta penduduk kampung.

“Apatah lagi, Kolej Komuniti Taiping juga telah menghantar sukarelawan bagi menjayakan program ini,” ujarnya, kelmarin.

Gotong-royong disertai masyarakat setempat, wakil-wakil Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Perak serta pemimpin masyarakat.

Selain merewang, turut menjadi pengisian program ialah gotong-royong di Surau Ulu Batas bersama masyarakat setempat, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Changkat Jering dan cabutan bertuah.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan negeri Perak Mazlan Zurin Zulkifli, Pengarah Kolej Komuniti negeri, Pengarah Politeknik negeri serta Penolong Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Fizry Azmier Salehuddin.

-RI

Tinggalkan komen anda