Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Rakyat Terima Baik Pengumuman PM

By 24 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Safik Effendi Kassim (SARAWAK)

KUCHING, 24 Jul (MalaysiaAktif) – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat sebagai penghargaan kepada rakyat dan diterima baik, termasuk memberikan kepuasan kepada majoriti pihak di sini.

Beberapa bentuk penghargaan diumumkan namun antara yang mencuri tumpuan membabitkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bakal mendatangkan manfaat kepada sekitar 18 juta pemilik kereta dan motosikal.

Arfan, walaupun hanya RM100 tetapi jumlah itu cukup membantu dalam meringankan sementara belanja dapur.

Selain itu, RM100 turut diberikan secara one-off kepada semua rakyat Malaysia seramai 22 juta, berusia 18 tahun ke atas yang akan disalurkan secara automatik melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 31 Ogos ini.

Perdana Menteri menyatakan bahawa insentif tersebut merupakan beberapa ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup dan kerajaan akan terus meneliti dengan serius langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan isu kos sara hidup kekal ditangani secara mampan.

Menurut Mohd Arfan Julaihi, 47, penjawat awam, berkata beliau amat bersyukur dengan pengumuman oleh Perdana Menteri semalam.

“Alhamdulillah, pengumuman itu suatu yang sangat melegakan, RM100 itu nanti digunakan untuk membeli barangan dapur dan sekurang-kurangnya belanja harian dapat dijimatkan,” katanya lagi.

Rashid menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja setiap hari.

Manakala, bagi Rasid Mohd Amit, 49, pekerja swasta, berpendapat pengumuman itu merupakan langkah yang relevan dan tepat pada masanya terutamanya yang membabitkan penurunan harga minyak.

“Penurunan kepada RM1.99 seliter amat menggembirakan saya yang menggunakan motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja dan saya berharap langkah ini berterusan, membuktikan kerajaan terus prihatin pada keperluan rakyat marhaen seperti kami,” ujarya.

Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI yang mendengar dan bertindak atas keperluan rakyat selaras dengan penurunan harga bahan api dan bantuan tunai secara langsung pada saat ekonomi dijangka terus berkembang dan memberi impak positif kepada kehidupan seharian rakyat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda