Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

FAMA Fest 2025@Selangor Himpun 115 Usahawan, Sasar Jualan RM800,000

By 27 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff (Selangor)

KLANG, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Sebanyak 115 usahawan dan pempamer mengambil bahagian dalam program FAMA Fest 2025@Selangor yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis hingga hari ini di pekarangan AEON Bukit Tinggi, Klang.

Antara gerai jualan di Kluster Empayar Makanan

Ketua Unit Galakkan Pasaran dan Kepenggunaan, Mohd Ridzuan Mohd Radzi berkata FAMA Fest merupakan platform kepada petani dan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka merangkumi makanan, florikultur dan buah-buahan secara terus kepada pengguna.

Menurutnya, FAMA Fest atau nama penuhnya Fruit, Flower dan Food Fiesta ini menghimpunkan program Jualan Agro MADAN I, Industri Makanan Asas Tani (IMAT), pemeran jabatan dan agensi, florikultur, empayar makanan dan trak makanan dalam satu karnival.

Ridzuan menyerahkan kombo bakul MADANI bernilai RM10 kepada pelanggan yang membeli di Kluster Jualan Agro MADANI

“Antara aktiviti menarik selama empat hari tersebut, termasuk kluster Jualan Agro MADANI, Jualan Ehsan dan Jualan Rahmah, Kluster Empayar Makanan, Kluster Industri Asas Tani (IAT), Kluster Jualan Buah-Buahan Segar, Kluster Florikultur, Kluster Pameran Jabatan dan Agensi serta persembahan artis.

“FAMA Fest 2025 @ Selangor turut menawarkan 3,000 kombo bakul MADANI membabitkan pelbagai produk keperluan seperti sayur, bawang, minyak dan telur yang dijual hanya RM10 dan mendapat penjimatan harga RM5 bagi setiap pembelian,” katanya ketika ditemui di program FAMA Fest @ Selangor di sini, kelmarin.

Tambah beliau, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor menyasarkan nilai jualan sebanyak RM800,000 dengan kehadiran sehingga 40,000 pengunjung sepanjang program tersebut berlangsung dan perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada 27 Julai 2025.

-AA-

Tinggalkan komen anda