Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiga Kitab Turath Islam Tumpuan di FTIS 2025

By 18 Julai 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 18 Jul (MalaysiaAktif) – Tiga buah kitab turath Islam yang merupakan Khazanah tidak ternilai menjadi tarikan utama pengunjung ke Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025 yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Bertemakan mendalami Khazanah warisan Islam, FTIS 2025 mengangkat kitab pengantar ilmu tafsir dan karya agung Tafsir al-Jalalain yang ditulis oleh ulama terkemuka Jalaluddin as-Suyuti dan Jalaluddin al-Mahalli.

Abdullah Hussaini bersama buku ‘Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal’ yang merupakan buku paling laris yang diterbitkan oleh IBDE sempena Festival Buku Islami (FBI) 2025, yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Karya-karya ini bukan sahaja menjadi panduan utama dalam memahami al-Quran, tetapi juga contoh terbaik keilmuan Islam yang disampaikan dalam bentuk ringkas, jelas dan padat.

Turut berlangsung, Festival Buku Islami (FBI) 2025, yang dianjurkan buat pertama kalinya di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 17 sehingga 20 Julai yang merupakan sebahagian daripada FTIS 2025.

Abdullah Hussaini Mohd Ghazali, Penyelaras Projek Buku Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), berkata FBI 2025 dianjurkan oleh IBDE dan Pelita Dhihin, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Pustaka Raja Tun Uda.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan ketiga-tiga kitab ini iaitu Tafsir Al-Jalalain, Pengantar Ilmu Tafsir serta Dalail al-Khairat Selawat Terindah ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang disampaikan dalam sesi daurah sempena FTIS 2025.

“IBDE turut menawarkan diskaun 10 peratus bagi ketiga-tiga kitab ini dan menawarkan harga kombo RM120 untuk kitab ini,” katanya ketika ditemui di FBI 2025, semalam.

Petugas IBDE menerangkan mengenai buku ‘Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal’ kepada pengunjung yang singgah ke reruai IBDE di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan buku ‘Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal’ yang merupakan buku paling laris yang diterbitkan oleh IBDE yang mana lebih 100,000 naskhah terjual.

“Kami menjemput semua pencinta ilmu hadir ke FBI 2025 yang berlangsung sehingga ahad ini, kerana ianya bukan sekadar pesta buku, tetapi medan mencari bekalan rohani dan mendekati warisan keilmuan Islam,” katanya mengakhiri perbualannya.

FTIS 2025 yang berlangsung bermula 12 hingga 20 Julai menawarkan pelbagai program pengisian ilmu dan kerohanian untuk warga Selangor serta memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai pemimpin dalam usaha memartabatkan warisan keilmuan Islam.

-RI

Tinggalkan komen anda