Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Akibat Berang Kereta Ditunda, Lelaki Nekad Bakar Lori Tunda PBT

By 18 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Ogos (MalaysiaAktif) — Polis menahan seorang lelaki setelah disyaki membakar lori tunda kenderaan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di depoh simpanan kenderaan di Lot 1, Johor Bahru Waterfront di sini, baru-baru ini.

Tular satu rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki melakukan khianat dengan menyimbah petrol dan membakar sebuah lori tunda milik MBJB di Johor Bahru

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata suspek berusia 31 tahun telah bertindak membakar lori berkenaan sekitar 11.05 pagi akibat rasa tidak puas hati kerana kereta Perodua Axia milik suspek ditunda di kawasan larangan meletakkan kenderaan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati suspek telah menyimbah minyak petrol dan menyalakan pemetik api ke arah lori tunda MBJB dan telah mengakibatkan kebakaran di belakang lori tunda berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Raub berkata suspek bagaimanapun negatif ujian saringan dadah.

“Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda