Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kolej Komuniti Manjung Bantu Huffaz Berkemahiran Teknikal dan Vokasional

By 7 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor (Manjung)/Kolej Komuniti Manjung

MANJUNG, 7 Ogos (MalaysiaAktif) – Inisiatif seperti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz Citra Huffaz Berkemahiran membuktikan pendidikan berasaskan kemahiran mampu disesuaikan dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk institusi tahfiz dan pondok.

Ucapan Pengarah Kolej Komuniti Manjung.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Manjung (KK Manjung) Mohd Idham Sahari, Kolej Komuniti bukan sahaja menawarkan peluang pembelajaran sepenuh masa, malah menyediakan kursus untuk komuniti dari kalangan belia, wanita, warga emas hinggalah ke institusi tahfiz dan pondok.

“Program yang telah dijalankan selama beberapa bulan ini merupakan inisiatif untuk melahirkan pelajar tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam bidang hafazan al-Quran, tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan vokasional yang relevan dengan keperluan industri semasa.

“Usaha ini sejajar dengan matlamat kami untuk menjadikan kemahiran sebagai pemangkin kepada pembangunan insan, ekonomi dan sosial,” katanya pada Majlis Penutupan Program tersebut, di sini semalam.

Kursus Jahitan Pakaian Wanita yang diikuti oleh peserta Pondok Hidayatullah.

Seramai 15 peserta daripada Pondok Hidayatullah, Lekir berjaya menamatkan Kursus Jahitan Pakaian Wanita di KK Manjung bermula April hingga Julai lalu meliputi 20 hari sesi pembelajaran dengan 17 hari sesi pembelajaran kemahiran seperti menjahit dan tiga hari sesi pembelajaran modul teknologi digital.

15 peserta daripada Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas pula mengikuti Kursus Kraf Kulit bermula Jun hingga Julai lepas dengan enam hari sesi pembelajaran meliputi pendedahan Teknik Asas Pembuatan Produk seperti rantai kunci, pemegang kad dan dompet kulit selain kursus keusahawanan, pengurusan jenama dan strategi jualan.

-RI

Tinggalkan komen anda