Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

One Hour Malaysia Clean Up Membanteras Wabak Denggi

By 3 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 3 Ogos (MalaysiaAktif) – Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin (PKD) dalam membasmi wabak denggi dan aktiviti gotong-royong ini merupakan salah satu usaha daripadanya.

Pejabat Kesihatan memberikan taklimat kepada para peserta sebelum program berlangsung.

“Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko dan bahaya wabak denggi disamping mengurangkan kes wabak denggi di kawasan terbabit,” kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pra-warta) PKD Tampin Dr. Siti Zubaidah Mohamed Isa dalam program One Hour Malaysia Clean Up, di sini semalam.

Aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama PKD Tampin dan Majlis Daerah Tampin itu diadakan berikutan penularan wabak denggi yang direkodkan di Taman Gemencheh Baru Fasa 4 pada 21 Julai yang lalu.

Antara peserta yang hadir melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Gotong-royong ini diadakan bukan sekadar untuk membersihkan kawasan yang kotor dan berisiko. Namun ia bertujuan untuk membina kerjasama yang berterusan dalam kalangan masyarakat sekitar dalam menjaga kebersihan bagi membasmi wabak denggi,” katannya.

Program yang bermula seawal pukul 8.00 pagi ini dihadiri oleh 70 orang penduduk taman tersebut dan pelbagai agensi  lain termasuk Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin.

-RI

Tinggalkan komen anda