Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pameran Veterinar HPPNK 2025 Dapat Sambutan Pencinta Kucing

By 5 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sitti Jakiyah Abdul Rahim (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 5 Ogos (MalaysiaAktif) – Pameran haiwan peliharaan yang diadakan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung, khususnya pencinta kucing.

Dr Nur Syafika Abduharis (berbaju hitam), bersama petugas jabatan semasa program sempena HPPNK 2025 di SICC, Kota Kinabalu.

Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah, Dr Nur Syafika Abduharis berkata, sambutan menggalakkan daripada orang awam membuktikan adanya peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan haiwan-haiwan peliharaan ini.

“Di samping mengadakan aktiviti Purrfection Cat Expo anjuran bersama Kelab Pencinta Kucing Sandakan (KPKS), pihak kami juga membuat pameran khas bersama Sabah Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) serta pemeriksaan kesihatan kucing secara percuma.

“Program pada kali ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengunjung. Dengan itu, saya berharap tahap kesedaran awam terhadap penjagaan dan penyakit berkaitan haiwan akan meningkat,” katanya ketika ditemui MalaysiaAktif, pada Sabtu.

Noor Azlina bersama kucing peliharaannya yang mengambil bahagian dalam Purrfection Cat Expo.

Sementara itu, salah seorang peserta pameran, Noor Azlina Abu Bakar, 48, berkata, penyertaannya dalam pertandingan kucing memberi lebih pendedahan kepada pemilik haiwan peliharaan kaedah terbaik untuk menilai tahap kesihatan daripada pakar.

“Program ini memberikan peluang untuk menyertai pertandingan kucing seterusnya saya dapat mengetahui sejauh mana kemampuan kucing kesayangan saya, di samping itu juga, para pengunjung dapat menambah pengetahuan berkaitan penjagaan kucing dan semua maklumat ini merujuk kepada pakar veterinary yang turut hadir,” katanya.

Untuk makluman, HPPNK 2025 menampilkan pelbagai pengisian termasuk pameran agensi berkaitan agro makanan, gerai jualan usahawan tani, aktiviti pentas dan program berorientasikan komuniti.

-RJ-

Tinggalkan komen anda