
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Tukar Minyak Hitam Percuma mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan.

Nizar menuangkan minyak enjin kepada salah sebuah motosikal.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib ia sekali gus demi memastikan keselamatan mereka di jalan raya.
“Inisiatif ini dilaksanakan sebagai tanda prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri dan agenda Malaysia MADANI yang menekankan aspek kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.
“Program sebegini bukan sekadar membantu mengurangkan kos sara hidup, malah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan secara berkala,” katanya dalam ucapan perasmian Program Tukar Minyak Hitam, di sini Sabtu lalu.

Nizar turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengunjung sempena Bulan Kebangsaan.
Selain penukaran minyak hitam percuma, terdapat pelbagai hadiah menarik seperti topi keledar, peti ais dan barangan motosikal ditawarkan dalam cabutan bertuah kepada pengunjung.
Lebih 600 pemilik kenderaan motosikal di sekitar daerah Pekan mendapat manfaat melalui program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya itu.
-RI





