
Laporan/foto: Mohd Noor Mahmuddin Mohd Mahlil
PASIR MAS, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Dataran Bandar Baru Pasir Mas hari ini dibanjiri warga setempat dan Komuniti MADANI yang menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Negeri Kelantan.

Shamsul menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025.
Konvoi yang turut disertai deretan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson Group Kelantan itu disempurnakan Ketua Jajahan Pasir Mas Shamsul Abu Bakar.
Dalam ucapannya, Shamsul menegaskan pentingnya masyarakat menghargai kemerdekaan dan menghayati nikmat hidup harmoni yang dikecapi di Malaysia.
Sorotan acara merangkumi perarakan pakaian tradisional Melayu, deklamasi sajak dan majlis pelepasan konvoi.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Kelantan Muhd Nor Aswadi Bin Md. Nor.
Bagi penduduk tempatan, program seperti itu mampu menyemai nilai kecintaan terhadap tanah air.

Marzukiakie, ahli Komuniti MADANI Pasir Mas.
“Semangat kemerdekaan dan jati diri khususnya dalam kalangan belia boleh dibentuk melalui program sebegini,” kata Marzukiakie Muhammad Yusoff, 56.
Penganjuran KMJG 2025 di Pasir Mas bukan sahaja menjadi platform penyatuan masyarakat pelbagai peringkat, malah mengukuhkan lagi tekad untuk terus mempertahankan kemerdekaan negara.
-RI





