Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Taklimat KIS Dedah Remaja Tentang Risiko Sebenar Media Sosial

By 28 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Siti Nur Balqis

ARAU, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Media sosial bukan sekadar ruang berhubung, tetapi turut menyimpan pelbagai ancaman yang boleh menjerat remaja.

Hakikat itu didedahkan kepada 350 pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Empat pada Program JIWA@Kelab Malaysiaku yang berlangsung di Dewan terbuka, Sekolah Agama Al Islahiyah (Menengah), di sini semalam.

Edaran bahan penerbitan kepada para pelajar.

Kempen Internet Selamat (KIS) menjadi pengisian utama program kolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Perlis itu.

Taklimat disampaikan Penolong Pengarah MCMC Negeri Perlis Nurul Elani Rashid yang menekankan isu penyamaran identiti, buli siber, penipuan dalam talian dan penyebaran maklumat palsu.

“Setiap kali kita berkongsi sesuatu di internet, ia meninggalkan jejak digital yang kekal. Kesedaran ini penting supaya remaja tidak mudah terpedaya dengan individu yang tidak dikenali,” jelasnya.

Kuiz oleh Penyelaras Kelab Malaysiaku mendapat perhatian pelajar.

Pelajar tingkatan tiga, Khairul Izani Kamarulzaman turut berkongsi pendapatnya kepada MalaysiaAktif.

“Saya akan pastikan tidak membalas, mesej pelik daripada orang yang tidak dikenali di media sosial. Selepas dengar taklimat ini, saya lebih yakin macam mana nak tapis mesej dan elakkan dari klik pautan yang mencurigakan,” katanya.

Program berkenaan berjaya memberi pendedahan praktikal tentang keselamatan digital kepada remaja agar lebih berhemah, bertanggungjawab dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia maya, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda