
Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Pusat Perkhidmatan YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk
HUTAN MELINTANG, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Umat Islam diseru agar menyemai semangat cintakan bangsa dan agama dengan memperkukuh jati diri serta menolak perpecahan demi merealisasikan pembinaan negara bangsa.
Menurut Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr. Khalid Ismail, seruan itu bertepatan dengan tema Sambutan Maal Hijrah 1447H iaitu ‘Hijrah dan Kelestarian: Menyatukan Ummah, Memulihara Bumi’.

Menurut Pengerusi Masjid sambutan kemerdekaan yang diadakan mengingatkan rakyat tentang perjuangan tokoh terdahulu.
“Hijrah bukan sekadar perpindahan, sebaliknya menuntut pengorbanan dan perubahan demi membina masyarakat berasaskan iman, perpaduan serta kesejahteraan.
“Semangat ini wajar diterjemahkan dalam bentuk kerja berpasukan, ketegasan dalam perkhidmatan serta usaha memelihara alam sekitar,” katanya ketika merasmikan Sambutan Maal Hijrah dan Bulan Kebangsaan peringkat daerah Bagan Datuk 1447H/2025 di Masjid Al-Aula, Simpang Empat, di sini kelmarin.

Kemuncak majlis diisi dengan ceramah yang disampaikan Syamsul Debat.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Aula, Zainudin Abdul Manap, berkata majlis sebegitu bukan sekadar acara tahunan, tetapi wadah untuk menginsafi makna hijrah, menghayati erti kemerdekaan serta memperbaharui tekad memperkukuh ukhuwah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
“Sambutan bulan kemerdekaan pula mengingatkan rakyat terhadap perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang berkorban jiwa dan raga demi membebaskan tanah air daripada penjajahan,” katanya.
Kemuncak majlis diisi dengan ceramah bertajuk ‘Mengisi Kemerdekaan Dengan Semangat Hijrah’ yang disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal Syamsul Debat.
-RI





