Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Borneo Trail Classic Meriah, Bau Semakin Dikenali Sebagai Destinasi Pelancongan

By 7 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 7 Sep (MalaysiaAktif) – Edisi kelima penganjuran Borneo Trail Classic Born From The Jungle Built By The Tribe anjuran Persatuan Kecergasan Kuching berlangsung selama dua hari di Pusat REDEEMS, Singai berakhir dengan penuh meriah di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep hadir di lokasi sebagai tanda sokongan sambil menyaksikan program berkenaan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Henry (dua kiri) bersama pemenang Borneo Trail Classic Born From The Jungle Built By The Tribe di Pusat REDEEMS, Bau.

Menurut Henry, acara ini bukan sahaja mendapat penyertaan menggalakkan daripada penduduk setempat malah peserta dari Semenanjung Malaysia dan negara luar juga memeriahkan program ini.

“Kita sendiri dapat melihat edisi kelima pada tahun ini penyertaannya begitu meriah dengan kehadiran 1058 peserta merangkumi penyertaan dari penduduk setempat, Semenanjung Malaysia dan luar negara yang datang dari Kenya, United Kingdom, Filipina, Belarus, Perancis, Jerman, Indonesia, Jepun dan Rusia.

“Ini satu perkembangan positif memperkenalkan Bau sebagai destinasi pelancongan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara menerusi aktiviti sukan dan riadah selain memberi impak positif iaitu menyatukan penduduk, menggalakkan gaya hidup sihat dan merancakkan sosioekonomi komuniti di sini ” katanya.

Pusat REEDEMS jadi tumpuan peminat sukan yang mahu menyaksikan kerancakkan edisi kelima penganjuran Borneo Trail Classic Born From The Jungle Built By The Tribe.

Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi yang turut hadir juga sependapat dengan Henry bahawa program sukan dan reakreasi sebegini dilihat sebagai platform penting memperkenalkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Program ini berjalan dengan lancar dan pada landasan tepat mempromosi Bau sebagai lokasi pelancongan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara kerana kawasan ini menawarkan pelbagai tempat menarik seperti gunung, gua, air terjun, budaya komuniti setempat dan pasar Serikin,” jelasnya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda