Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

BUDI MADANI RON95 Mudah dan Pantas

By 28 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi (Muar)

MUAR, 28 Sep (MalaysiaAktif) – Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diperkenalkan kerajaan membuktikan kemudahan pengisian minyak subsidi dapat dinikmati dengan pantas dan mesra pengguna, sekali gus memberi manfaat besar kepada anggota keselamatan dan rakyat.

Salah seorang atendan pam minyak memberi penerangan kaedah mengisi minyak BUDI95 menggunakan apkikasi Setel kepada salah seorang anggota polis IPD Muar.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukliz Azman Aziz, berkata warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai langkah kerajaan memperkenalkan BUDI 95 yang memberi kemudahan serta manfaat besar bukan sahaja kepada anggota keselamatan, malah rakyat secara keseluruhan.

Program BUDI MADANI RON95 yang diadakan di Stesen Minyak Petronas Jalan Sulaiman melibatkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

“Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kaedahnya juga sangat mudah, sama ada menggunakan kiosk, membuat pembayaran di kaunter, aplikasi Setel dan lain-lain.

“Keseluruhan proses mengisi minyak ini tidak mengambil masa lebih lima minit. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program pengisian BUDI95 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di Stesen Minyak Petronas Jalan Sulaiman, di sini semalam dengan penglibatan anggota PDRM sebagai penerima awal inisiatif tersebut.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abd Majid.

-RI

Tinggalkan komen anda