Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Golongan M40 Turut Gembira Nikmati Ganjaran SARA RM100

By 4 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

KUALA NERANG, 4 Sep (MalaysiaAktif) – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua rakyat dewasa telah mencetuskan kegembiraan, khususnya dalam kalangan golongan M40 yang sebelum ini tidak termasuk dalam senarai penerima bantuan kerajaan.

Langkah ini dilihat sebagai inisiatif baharu kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutama ketika kos sara hidup terus meningkat.

Pertanyaan terhadap pekerja mengenai suasana penebusan SARA dan masalah berbangkit.

Menurut pengumuman rasmi, lebih 22 juta rakyat dewasa layak menerima bantuan ini, melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.2 bilion.

Bagi golongan M40, bantuan ini memberi makna besar kerana sebelum ini mereka jarang menikmati sebarang insentif secara langsung.

Noor Hidayah Ghazali, 34, ketika ditemui, meluahkan rasa syukur kerana bantuan RM100 ini dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan bulanan.

“Saya gunakan SARA untuk membeli barang dapur dan lampin pakai buang anak. Walaupun ada yang menganggap RM100 ini tidak banyak, tetapi ia sangat membantu kami.

“Jarang untuk kami mendapat bantuan seperti ini, jadi saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana mengutamakan semua lapisan rakyat,” katanya.

Hanya dalam dua hari, rakyat membelanjakan RM110 juta hasil bantuan tersebut. Ini bukti jelas bahawa bantuan ini benar-benar memberi impak positif dalam usaha untuk menggerakkan ekonomi negara.

-RI

Tinggalkan komen anda