Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Istiadat Perkahwinan Raja Muda Selangor 2 Oktober

By 22 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Istana Alam Shah

SHAH ALAM, 22 Sep (MalaysiaAktif) – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, 2 Oktober ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat pernikahan akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Klang, manakala Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober di Istana Alam Shah.

“Satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat juga akan diadakan di seluruh masjid di Selangor pada 25 September ini anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor dijangka berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, bagi menghadiri majlis doa selamat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda