Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kod QR MyNIISe Mula Diuji di Johor

By 24 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Fazli Salleh (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Sep (MalaysiaAktif) — Percubaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang menggunakan kod QR melalui aplikasi MyNIISe di Johor berjalan lancar walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah pemodenan ini diyakini dapat mengurangkan kesesakan di sempadan Johor dan Singapura pada ketika ini

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fadzli Mohamad Salleh berkata terdapat isu berbangkit pada peringkat awal antaranya jumlah pengguna yang masih rendah dan pengguna kurang mahir menggunakan aplikasi ini.

“Kita juga telah memperkenalkan laluan khusus kod QR di Zon B1 – B4 serta laluan hibrid di Zon B5 – B8, selain memasang sepanduk dan kain rentang di sekitar laluan berkenaan sebagai panduan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata langkah pemodenan itu diyakini dapat mengurangkan kesesakan di sempadan Johor dan Singapura serta memberi pengalaman perjalanan yang lebih selesa kepada pengguna kedua-dua negara.

Mohd Fazli (kanan) telah turun padang ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi melihat dan memantau pengoperasian sistem yang diperkenalkan kepada orang ramai.

“Walaupun berdepan cabaran untuk penggunaan aplikasi ini oleh rakyat, namun kerajaan negeri komited memastikan inisiatif ini berjaya dan kita mahu rakyat merasai manfaatnya dan saya menyeru kepada orang ramai untuk memuat turun aplikasi MyNIISe serta mencuba kemudahan ini,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17 September lepas memaklumkan bahawa percubaan penggunaan NIISe akan dilaksanakan di lima Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) dan di dua pintu masuk utama negara iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor secara berperingkat bermula 22 September ini hingga 28 Februari 2026.

-AA-

Tinggalkan komen anda