Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kupi-Kupi Santai Perkukuh Hubungan Pemimpin, Rakyat

By 8 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Awangku Marzuki Ag Latip/Amir Kanje (Tawau)

TAWAU,  8 Sep (MalaysiaAktif) – Program Kupi-Kupi bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjadi platform strategik buat pemimpin mendengar sendiri aspirasi rakyat serta menyelami cabaran yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Fahmi ketika sesi Kupi-Kupi bersama masyarakat setempat di DUN Merotai, sebagai platform santai mendekatkan pemimpin dan rakyat.

Berkonsepkan santai dan mesra, program yang turut diadakan di kawasan luar bandar itu juga penting bagi memperkukuh perkhidmatan sekali gus menyampaikan dasar kerajaan dengan berkesan.

Fahmi berkata penglibatan inklusif masyarakat membuktikan komitmen dan usaha berterusan menjayakan inisiatif mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

“Pendekatan sebegini amat penting kerana ia memberi peluang kepada saya untuk mendengar sendiri aspirasi rakyat, selain menyelami cabaran yang mereka hadapi. Suara rakyat inilah yang akan memperkukuh dasar kerajaan,” katanya ketika berucap semasa program tersebut di sini pada Jumaat.

Fahmi ketika meninjau pelaksanaan Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasaraya di Tawau.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah itu dimeriahkan dengan kehadiran komuniti MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai termasuk wakil belia, jabatan kerajaan serta masyarakat setempat

Terdahulu, Fahmi turut meninjau pelaksanaan Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di premis niaga Gemilang, Taman Semarak, Tawau.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah JAPEN Julina Johan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda