Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Konvoi Kembara Hari Malaysia Terus Pupuk Semangat Muhibah

By 9 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Shazni Shaari/Wan Muhammad Afiq

KUALA LUMPUR, 9 Sep (MalaysiaAktif) – Semangat patriotisme dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum terus dizahirkan menerusi penganjuran Program Konvoi Kembara Hari Malaysia di sekitar Parlimen Segambut dengan penglibatan kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kelmarin.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Hiasan Kereta Terbaik.

Menurut Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, konvoi pada tahun ini istimewa kerana peserta berpeluang singgah dan menyantuni masyarakat di 14 lokasi tumpuan komuniti setempat antaranya seperti di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kuil Shree Lakshmi Narayan Mandir, Tokong Guan Yin, Gereja Methodist Kepong, Balai Polis Taman Tun Dr Ismail yang memperlihatkan semangat persefahaman melalui sifat hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

Program konvoi ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat malah turut mencerminkan semangat muhibah dan kesatuan warga Segambut dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-68 dan Hari Malaysia.

Perkongsian dan penerangan berkaitan bahan penerbitan Jabatan Penerangan.

“Acara menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu Negaraku di Balai Bomba Sri Hartamas terus mengimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak yang sangat teruja setiap kali menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan,” ujar Jeyakumar Manukaran, 55 salah seorang peserta konvoi.

Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut dan Komuniti MADANI Parlimen Segambut, turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) Lt. Kol. Bersekutu (PA) Sabarudin Yeop Hamza.

-RI

Tinggalkan komen anda