Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKedah

Langgar Undang-Undang Alam Sekitar, Syarikat Didenda RM60,000

By 14 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/JAS Negeri Selangor

SHAH ALAM, 14 Sep (MalaysiaAktif) – Sebuah syarikat pembuatan sarung tangan getah didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen 1 Sepang atas kesalahan melepaskan efluen ke perairan daratan.

Persampelan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Wandi Yadzid Yaakob hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar tawaran penyelesaian oleh syarikat tersebut.

Terdahulu, pengarah syarikat yang mewakili syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

“Berdasarkan fakta kes, satu aduan awam telah diterima berkaitan pelepasan air dari kilang yang berbuih dan berbau dari premis di kawasan Kompleks Perabot Olak Lempit pada 2 Sep 2022.

“Siasatan mendapati premis menjalankan aktiviti pembuatan sarung tangan getah, membuat pemasangan tangki rawatan efluen tanpa merujuk Garis Panduan Mengenai Reka Bentuk dan Operasi Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian.

“Premis juga didapati tidak menjalankan pemantauan prestasi, pengoperasian loji tidak diselia oleh Orang Yang Berwibawa (OYB) dan tiada pemberitahuan bertulis dikemukakan berhubung pemasangan tangki-tangki sebagai Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Tambah beliau, syarikat juga mengaku bersalah atas satu Pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dua Pertuduhan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Tangki yang digunakan untuk merawat efluen.

“Pegawai Pendakwa JAS Negeri Selangor memohon mahkamah memberikan efek kepada hukuman tersebut dan berharap agar ianya menjadi pengajaran kepada syarikat.

“Syarikat turut dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak merendahkan kelestarian alam sekitar dalam mengejar keuntungan,” katanya.

Wandi berkata, premis industri diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Sebarang kKetidakpatuhan katanya boleh menyebabkan pihak premis dibawa ke mahkamah untuk disabitkan.

“JAS Negeri Selangor sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda