
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
PEKAN, 14 Sep (MalaysiaAktif) – Program Pekan Pinktastic Run 2025 sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia berjaya menarik penyertaan kalangan kaum ibu.

Demonstrasi masakan sihat oleh KDPB Tengku Ampuan Pahang.
Program istimewa ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah yang berkenan berangkat hadir menyantuni para peserta dan pengunjung.
Acara ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dengan aktiviti utama Pinktastic Run, simbol sokongan terhadap kesedaran penyusuan ibu dan kesihatan keluarga.
Selain itu, turut diadakan pelbagai pameran kesihatan, kaunseling penyusuan, serta gerai makanan dan produk tempatan untuk memeriahkan suasana.

Persembahan tarian oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Biram.
Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Pekan Dr. Mohd Fahmi Ismail penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penyusuan ibu serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Pahang.
“Berdasarkan jumlah kehadiran ramai pengunjung, ia membuktikan sokongan padu terhadap inisiatif kesihatan yang bermanfaat kepada komuniti setempat,” katanya.
-RI





