Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanKelantan

Majlis Kemuncak Sambutan HKHM Peringkat KESEDAR di Gua Musang Meriah

By 27 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan

GUA MUSANG, 27 Sep (MalaysiaAktif) – Majlis Kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Tahun 2025 berlangsung meriah.

W . Muhd Rahimi ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan masjlis.

Pelbagai aktiviti menarik dengan penglibatan menyeluruh kakitangan KESEDAR seperti Pertandingan Sajak dan Pertandingan Sketsa pada majlis yang berlangsung di Dewan Dato’ Ariffin Said, di sini Khamis lalu.

Pengurus Besar KESEDAR W. Muhd Rahimi Wan Salleh berkata penganjuran program itu bertujuan menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja selain mencungkil bakat terpendam.

“Erti kemerdekaan pada masa kini amat berbeza kerana ia lebih menjurus kepada aspek pemikiran.

“Justeru, pemikiran yang terbuka amat diperlukan bagi menerima perubahan demi memastikan negara terus kekal merdeka dan maju,” katanya.

Pertandingan sajak dimenangi Nik Norasiah Abdullah, 42, yang tampil berpasangan bersama Azim Amsyar Mohd Azhan.

Sesi bergambar bersama semua peserta Pertandingan Sajak.

Menurutnya Nik Norasiah penglibatan dalam aktiviti sebegini dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

“Hari ini saya bersama Azim Amsyar menyampaikan sajak secara duet dan kami berasa bangga kerana penghayatan yang dipersembahkan berjaya menyentuh hati para hadirin,” katanya.

Sebanyak lapan kumpulan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan dengan Bahagian Pembangunan Pertanian muncul juara bagi kategori sajak, manakala Wilayah Kuala Krai menjuarai kategori sketsa berkumpulan.

-RI

Tinggalkan komen anda