Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Perpaduan Asas Pembentukan Negara Maju

By 29 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad/Ahmad Nurzahidi Mairop (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Pertandingan Mewarna Tanglung Kreatif anjuran Komuniti MADANI Penggaram bersempena pesta Tanglung berjaya menarik penyertaan masyarakat pelbagai kaum di sini, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan.

Gang Peck Cheng (tengah) dan peserta-peserta pertandingan memegang tanglung masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gang Peck Cheng berkata penganjuran program seumpama itu bukan sahaja mengangkat warisan budaya masyarakat Cina, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) negeri Johor, khususnya Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat yang sentiasa menyokong Komuniti MADANI Penggaram dalam menjayakan program berbentuk perpaduan seperti ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut di Gelanggang Futsal Taman Batu Pahat, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah JAPEN Johor Saiful Hisham Mansor menekankan bahawa perpaduan antara kaum adalah asas penting dalam membentuk sebuah negara maju.

Para peserta bergambar bersama tetamu jemputan.

“Kesejahteraan masyarakat hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat antara rakyat berbilang kaum. Kerajaan juga memperkenalkan inisiatif terbaharu iaitu BUDI 95 sebagai usaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Program penuh kemeriahan itu turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional Cina, muzik tradisional serta pertandingan mewarna tanglung.

Acara berakhir dengan perarakan tanglung mengelilingi kawasan dewan yang disertai peserta dan masyarakat setempat.

Turut hadir Ketua Komuniti Penggaram Lim Wee Soon.

-RI

Tinggalkan komen anda