Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesta Buku Kedah 2025 Meriahkan Village Mall dengan Ilmu dan Seni

By 25 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

SUNGAI PETANI, 25 Sep (MalaysiaAktif) – Pesta Buku Kedah 2025 memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan bahan bacaan berkualiti pada harga berpatutuan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Qasidah Kilauan Emas.

Petugas Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK), Mohd Tarmizi Khairodin berkata pesta berkenaan turut menggalakkan keterlibatan semua lapisan dalam aktiviti berasaskan ilmu dan kreativiti.

“Buku adalah sahabat, terapi dan inspirasi. Pesta ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan keluarga dan komuniti melalui pengisian seni dan budaya,” katanya kepada Malaysia Aktif semalam.

Pesta Buku Kedah 2025 kembali berlangsung bermula semalam hingga 30 September di Village Mall, di sini dengan  menghimpunkan pencinta buku dan penggemar seni di bawah satu bumbung.

Pesta Buku Kedah 2025, anjuran bersama Sempoi Art Festival, menawarkan pelbagai pengisian menarik termasuk jualan buku dengan potongan harga istimewa, pameran seni, persembahan muzik serta cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa motosikal, peti sejuk dan televisyen.

Pengunjung juga berpeluang menebus Baucar Buku Semarak Membaca 2025 yang disediakan khas bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Dengan gabungan elemen ilmu, seni dan hiburan, pesta ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang seminggu penganjurannya, sekali gus mencerminkan komitmen masyarakat utara terhadap kecintaan ilmu serta kepelbagaian seni tempatan.

-RI

Tinggalkan komen anda