Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sambutan Hari Malaysia Suburkan Semangat Patriotik

By 18 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki (Raub)

RAUB, 18 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Malaysia mampu menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Hairul Nizam Mahmood ketika ditemu bual.

Menurut salah seorang pengunjung yang hadir di sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat Negeri Pahang Hairul Nizam Mahmood, 39, sambutan Hari Malaysia sangat penting dalam memperingati penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

“Hari Malaysia mencetuskan rasa optimistik dalam mengharapkan negara menjadi lebih makmur, bersatu-padu dan adil,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif, kelmarin.

Tambahnya lagi, sambutan pada kali ini menjadi lambang rakyat Malaysia yang bersatu hati sebagai satu bangsa dan satu negara.

Siaran radio secara langsung di Dataran Raub.

Pelbagai acara diadakan antaranya karnival jualan, siaran radio secara langsung, pertandingan sepakan penalti, pertandingan bola jaring dan pertandingan memasak manakala pada sebelah malam pula diadakan majlis perasmian, cabutan bertuah dan persembahan artis terkenal.

Sambutan disempurnakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dan dihadiri lebih 5,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda