
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/HAWA
LABUAN, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Program Smartstart 2nd Honeymoon “Semarakkan Cinta Kita” dilihat berjaya memperkasa institusi kekeluargaan hasil penyertaan pasangan dalam program itu.

Fauziah (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang wakil peserta.
Menurut Pengerusi Persatuan Wanita Labuan (HAWA) Fauziah Datuk Mohd Din, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Wanita Labuan (HAWA) telah menghimpunkan seramai 25 pasangan suami isteri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur bagi menyertai program selama dua hari itu.
“Objektif program ini adalah untuk memberikan maklumat dan kemahiran menguruskan alam rumah tangga dan perkahwinan serta meningkatkan kesedaran kepentingan pasangan memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhkan perkahwinan.

Antara pasangan yang cukup romantis dengan pelbagai busana menarik pada makan malam beradu.
“Selain itu, program ini menyemai dan menyemarakkan perasaan kasih sayang pasangan suami isteri sekali gus membantu pasangan suami isteri menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan mengikut konteks budaya Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan program itu, di sini semalam.
-RI





