Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penerima STR Nikmati RON95 Pada Harga RM1.99 Menerusi BUDI95

By 29 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahmie Rozman

GUA MUSANG, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40 mula menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula semalam menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Seorang lagi penerima STR iaitu Encik Rashid Yusof juga sedang mengisi minyak Ron95 dengan harga RM1.99 di Stesen Minyak Petron Hentian Gua Musang.

Harga tersebut lebih rendah berbanding harga pasaran semasa iaitu RM2.05 seliter.

Pelaksanaan kumpulan kedua ini menyusuli kejayaan fasa pertama kelmarin yang melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa sebarang masalah.

Seorang penerima STR, Jalil Mohamed, 58, berkata proses mengisi petrol berjalan lancar dan mudah.

“Inisiatif BUDI95 ini terbaik dan memudahkan kami menikmati RON95 dengan harga RM1.99. Ia sangat dihargai kerana membuktikan kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat terutama golongan B40,” katanya.

Bagi Rashid Yusof, 47, subsidi berkenaan memberi impak besar dalam kehidupan seharian kerana petrol merupakan keperluan harian.

Orang ramai beratur membuat semakan kelayakan sebelum pembayaran untuk mengisi RON95 menerusi inisiatif BUDI95 dengan harga RM1.99.

“Walaupun perbezaannya kecil jika dibandingkan dengan harga sebelum penyasaran, kesannya besar dalam mengurangkan beban kos sara hidup.

“Alhamdulillah, dengan BUDI95 ini benar-benar membantu,” jelasnya.

Pelaksanaan BUDI95 jelas membuktikan kerajaan menunaikan janji untuk menurunkan harga RON95, sekali gus mencerminkan usaha berterusan memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui inisiatif yang bersasar.

-RI

Tinggalkan komen anda