Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Waspada ‘Scam’ Bantuan Permohonan PPR, RMM Johor

By 20 September 2025September 22nd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Sep (MalaysiaAktif) – Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan scam atau penipuan mengenai bantuan permohonan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Rumah Kasih Johor (RKJ) atau Rumah Mampu Milik (RMM) di Johor.

Modus operandi yang dijalankan oleh individu berkenaan dengan menghantar pautan tersebut dan akan dimasukkan ke dalam aplikasi kumpulan Whatsapp sebelum meneruskan ke proses seterusnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata tindakan itu adalah berbentuk penipuan menggunakan nama dan nombor telefon palsu yang menyamar sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan menawarkan khidmat bantuan permohonan rumah dengan mudah.

“Tindakan itu juga tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana saluran rasmi kerajaan negeri Johor atau Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan mereka turut menyebarkan pautan palsu kononnya untuk permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Rumah Mampu Milik (RMM),” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Mohd Jafni berkata segala urusan berkaitan Rumah Kasih Johor (RKJ), RMM, PPR dan lain-lain hanya melalui portal rasmi e-rumah Johor sahaja dan bukan menggunakan orang tengah dalam urusan mendapatkan permohonan rumah.

Nombor telefon yang digunakan oleh individu yang menyamar sebagai Exco Kerajaan Negeri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dengan menggunakan gambar dan nama beliau.

“Saya tegaskan, itu adalah scam. Ia tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor atau Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

“Saya menegaskan sekali lagi jangan terpedaya, jangan dedahkan maklumat peribadi dan segera laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej sebegini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda