
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Pusat Tabung Darah HTAA
KUANTAN, 20 Sep (MalaysiaAktif) – Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menyeru orang ramai terutama di sekitar daerah ini untuk menderma darah.

Pihak Tabung Darah HTAA menyasarkan seramai 200 orang penderma darah melalui program ini.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Tabung Darah HTAA Saiful Azly Ramali Tabung Darah HTAA kini sedang giat menganjurkan program derma darah di tiga lokasi strategik sekitar Kuantan.
“Pihak tabung darah dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan kempen derma darah di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Hospital KPJ Pahang Specialist pada 18 September, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (20 September) dan Pusat Membeli Belah Berjaya Megamall (21 September),” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.

Program derma darah ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.
Ujarnya lagi, program berkenaan menyasarkan seramai 200 orang penderma darah bagi memastikan bekalan darah di hospital negeri Pahang sentiasa mencukupi.
“Kita percaya usaha murni ini mendapat sambutan yang baik bukan sahaja daripada agensi kerajaan, malahan juga daripada pelbagai organisasi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin mengenai kepentingan menderma darah,” katanya.
-RI





