Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Agropelancongan Buah dari Syurga Hasil dari Hati

By 8 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisha Farnoh

JASIN 8 Okt, (MalaysiaAktif) – Buah tin, sejenis buah yang pernah disebut dalam kitab suci ini bukan sekadar tanaman biasa, tetapi simbol rezeki dan ketenangan jiwa.

Keunikan buah tersebut terletak pada rasanya yang manis, kaya khasiat semula jadi dan mampu menjadi tarikan pelancongan yang menghubungkan manusia dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Buah tin dipetik terus dari ladang antara aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung

Dalam dunia agropelancongan yang semakin berkembang, ladang tin menjadi destinasi baharu yang menyatukan elemen ilmu, spiritual dan ekonomi.

Pengunjung bukan sahaja dapat merasai keenakan buah yang digelar buah dari syurga ini, malah menyelami keindahan proses penanamannya yang penuh kasih sayang.

Menurut Pengusaha Buah Tin Mohammad Hafidz Ariffin, sebanyak 2,000 batang pokok buah tin ditanam di ladang seluas lima ekar yang kini sedang membuahkan hasil.

Produk hiliran daripada buah dan daun tin.

“Kelebihan tanam buah tin di Malaysia adalah ia berbuah sepanjang tahun selain ditanam sekali dan boleh bertahan berpuluh tahun, batangnya dikerat dijadikan anak pokok dan daunnya dijadikan teh.

“Dengan potensi buah tin saya berhasrat untuk menjadikan buah tin sebagai satu bentuk kekayaan baru, selain durian musang king dan nenas MD2.

Beliau berkata syarikatnya mewujudkan ekosistem dalam pasaran buah tin dengan menghasilkan pelbagai produk hiliran seperti jem, sambal, jus dan teh.

Dari segi agropelancongan pula, orang ramai katanya berpeluang memetik sendiri buah tin selain mengikuti kursus penanaman yang ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda