Skip to main content
Berita TempatanSabah

Dail Talian HEAL 15555, Langkah Awal Bendung Krisis Psikologi

By 25 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nuzuluddin Abdul Razak (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 25 Okt (MalaysiaAktif) – Individu yang mengalami simptom masalah kesihatan mental atau berdapan tekanan emosi digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Klinik Kesihatan (KK) yang berhampiran secara bersemuka atau dalam talian.

Antaranya menerusi Talian HEAL 15555, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan kaunseling emosi dan intervensi awal kepada individu yang berisiko mengalami tekanan, kemurungan, atau krisis psikologi.

Pegawai Psikologi (Kaunseling), Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Muhammad Syafiq Taip berkata, talian bantuan perkhidmatan sokongan psikososial ini tidak terhad kepada pesakit sahaja malah terbuka untuk orang awam memahami atau membuat aduan krisis berkaitan kesihatan mental.

Muhammad Syafiq sedang menyemak borang maklum balas untuk khidmat nasihat kesihatan mental kepada pengunjung yang dating semasa Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sabah.

“Perkhidmatan ini bukan sahaja untuk mereka yang telah atau baru didiagnos sebagai pesakit mental, talian ini sbenarnya juga terbuka kepada sesiapa sahaja, jangan malu untuk berkongsi dan dapatkan khidmat nasihat daripada pihak kesihatan.

“Selain daripada Talian HEAL, ada beberapa lagi saluran yang boleh digunakan antaranya menerusi MySejahtera iaitu melalui saringan minda sihat, Befrienders, Pusat Kaunseling Agape, MY Psychology Counselling dan Talian Kasih,” katanya ketika ditemui semasa Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sabah di sini pada Sabtu,

Tambahnya lagi, masyarakat atau keluarga terdekat memainkan peranan yang penting dengan memberikan sokongan moral kepada individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental agar mereka tidak terasa dipinggirkan.

“Mereka yang mengalami masalah mental perlu mengamalkan gaya hidup sihat, tidur atau rehat yang mencukupi dan usahakan untukberinteraksi dengan orang-orang sekeliling, juga penting untuk tidak bersendirian.

“Sebagai mereka yang dekat kepada individu ada masalah kesihatan mental, kita perlu dengar masalah mereka tanpa syarat, tanpa perlu menghukum atau mengajar mereka, cukup mulakan dengan menemani mereka ke klinik kesihatan,” ujarnya.

Kad amaran kesihatan mental juga diagihkan kepada pengunjung sebagai langkah untuk meningkatkan kesederan orang awam mengenai isu kesihatan mental.

Untuk makluman Talian HEAL dilancarkan pada 21 Oktober 2022 sebagai saluran utama untuk memberi sokongan emosi dan menangani krisis kesihatan mental di Malaysia.

Beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam, termasuk cuti umum, setiap sesi Talian HEAL akan akan dikendalikan oleh pegawai psikologi serta kaunselor bertauliah daripada KKM.

-RJ-

Tinggalkan komen anda