
Laporan/ foto: Farah Shaherza/ Basharuddin Md Yassin (Kuantan)
KUANTAN, 30 Okt (MalaysiaAktif) – Tapak perniagaan baharu yang diberi nama FoodLawn.Kome memberi peluang kepada anak muda di negeri Pahang menjadi usahawan berjaya.

Wan Rosdy menyempurnakan gimik perasmian, acara pemotongan belon dan menandatangi plak
Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek usahawan ini merupakan inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Pahang tahun 2021.
“Kerajaan negeri berharap FoodLawn.Kome menjadi pemangkin semangat anak muda untuk berniaga dan menjana pendapatan sendiri, seiring dengan hasrat menjadikan Pahang negeri makmur, rakyat sejahtera,” ujar beliau sewaktu berucap di Majlis Perasmian FoodLawn.Kome di sini, semalam.

Antara penduduk setempat yang hadir
Projek ini mengetengahkan sembilan gerai moden berkonsep santai, dikelola oleh Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP).
“Ia bukan sekadar tempat makan-makan, tapi juga ruang menyemai semangat keusahawanan, kreativiti dan kolaborasi komuniti setempat,” ujarnya lagi.
FoodLawn.Kome kini menjadi lokasi santai baharu di Kuantan untuk warga tempatan dan pelancong menikmati suasana food street gaya Pahang.
-AA-





