Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Hari Sukan Negara: Membudayakan Sukan dan Gaya Hidup Aktif

By 12 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Hari Sukan Negara (HSN) 2025 telah menjadi agenda nasional selaras dengan aspirasi negara menuju pencapaian negara sukan atau sporting nation.

Menteri Sumber Manusia merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2025

Penganjuran HSN2025 telah memasuki edisi ke-11 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2015 dan sepanjang tempoh pelaksanaannya, ia telah mencatatkan 31 juta penyertaan rakyat Malaysia dengan kumulatif lebih 71,000 program dan aktiviti di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata HSN merupakan satu acara tahunan yang bertujuan untuk membudayakan sukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

“Dengan tema Malaysia Aktif, semua golongan masyarakat tidak kira umur dan status sosial dituntut untuk membudayakan gaya hidup aktif dengan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar pada pagi semalam.

Bergambar kenangan bersama-sama peserta Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2025.

Tambah Sim, berdasarkan dapatan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022 (IBSM’22), 52 peratus rakyat Malaysia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sukan.

Secara kasarnya, satu daripada empat orang dewasa di Malaysia pula tidak mengamalkan gaya hidup aktif dengan golongan paling kurang aktif adalah wanita sebanyak 28 peratus, pelajar (39 peratus) dan warga emas (59 peratus), berdasarkan sumber National Health & Morbidity Survey 2019.

“Data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan empat daripada lima remaja di negara ini tidak aktif secara fizikal dan lebih RM300 bilion daripada keseluruhan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digunakan untuk menampung kos penyakit tidak berjangkit (NCD) rakyat Malaysia,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda