Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

HSN Peringkat SPT, Serlahkan Perpaduan dan Gaya Hidup Sihat

By 12 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT TENGAH, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berjaya menyerlahkan semangat kesukanan dan perpaduan masyarakat.

Wong Hon Wai (dua dari kanan) hadir merasmikan HSN SPT 2025.

Program yang dihadiri peserta pelbagai peringkat usia di perkarangan Setia Sentral Juru, di sini semalam itu dimulakan dengan acara Penang Fun Run 5 KM yang dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok Lee Khai Loon.

Sepanjang hari, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk senamrobik, pertandingan bola jaring, dam aji, baling damak, mewarna kanak-kanak serta pameran kereta, konvoi dan himpunan kelab kereta Proton S70.

Turut memeriahkan suasana ialah reruai agensi kerajaan serta jualan makanan dan minuman tempatan.

Pertandingan dam aji antara yang menjadi tumpuan peserta pelbagai usia.

Kemuncak sambutan ialah Majlis Pelancaran Rasmi Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat Seberang Perai Tengah (SPT) yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai, serta diserikan dengan gimik pelancaran dan cabutan bertuah.

“Apabila rakyat bersukan bersama, semangat kekitaan dan perpaduan akan tumbuh dengan sendirinya. Inilah jua semangat Malaysia MADANI yang mahu kita semarakkan dalam kalangan rakyat”, katanya.

Sambutan kali ini mengangkat tema Fit Malaysia: Bersukan Untuk Semua, seiring matlamat HSN untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya hidup rakyat dan medium memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.

-RI

Tinggalkan komen anda