
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor kini berada di fasa akhir memuktamadkan Belanjawan Negeri 2026 yang dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata belanjawan Selangor 2026 akan menumpukan kepada pembangunan jaringan ekonomi baharu, termasuk sektor ekonomi penjagaan (care economy) yang semakin penting di negeri itu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata belanjawan kali ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan jaringan ekonomi baharu, termasuk sektor ekonomi penjagaan (care economy) yang semakin penting di negeri itu.
“Alhamdulillah, tahap kesihatan dan pengetahuan profesional dalam bidang perubatan serta penjagaan di Selangor semakin baik.
“Kini, kita berdepan dengan fenomena peningkatan jangka hayat rakyat yang mencecah antara 80 hingga 82 tahun,” katanya semasa merasmikan Festival Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, di sini hari ini.

Pasukan Surau Annur diumumkan pemenang perarakan Maulidur dan Sepanduk Terbaik sempena Festival Masjid Jamek Al-Amaniah.
Amirudin berkata sektor penjagaan bakal menjadi salah satu komponen utama dalam ekosistem pembangunan negeri dan sedang dibangunkan secara berperingkat.
“Insya-Allah dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kita akan capai tahap kematangan yang dihasratkan,” ujarnya.
Menurutnya, dengan peningkatan usia rakyat, permintaan terhadap aktiviti yang memberi makna, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup turut dijangka meningkat selaras dengan arah pembangunan negeri yang lebih inklusif dan sejahtera.
-RI





