Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

ICCC 2025 Perkukuh Wacana Global Pemulihan dan Pemasyarakatan

By 10 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Fatin Nabila Muktar/ Facebook Universiti Utara Malaysia (Kedah)

LANGKAWI, 10 Okt (MalaysiaAktif) – Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia menganjurkan International Correctional and Counselling Conference (ICCC 2025) bagi memperkukuh wacana global tentang pendekatan baharu dalam bidang pemulihan dan pemasyarakatan.

Persidangan bertemakan Reimagining Rehabilitation: Global Innovations in Counselling and Correctional Practices itu berlangsung serentak di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi dan Nilai Springs Resort Hotel, Negeri Sembilan dengan penyertaan 190 peserta dari dalam dan luar negara, semalam.

Antara peserta yang terlibat dalam ICCC 2025

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata Jabatan Penjara kini beralih kepada pendekatan pemulihan berasaskan integrasi, iaitu pemerkasaan sosial bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.

“Pelaksanaan Seksyen 43 dan 46 Akta Penjara 1995 serta pengenalan Program Latihan Industri Tanggungjawab Sosial Korporat (CSI) antara langkah memperkukuh pendekatan restoratif bagi mengurangkan kadar pengulangan jenayah dan meningkatkan kemahiran bekas pesalah,” katanya.

Persidangan turut menampilkan ucaptama oleh Dr. Kimberly Asner-Self dari Touro University, New York, selain pelbagai sesi bengkel dan pembentangan ilmiah berkaitan kesejahteraan pegawai koreksional dan amalan kaunseling moden.

ICCC 2025 menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman global bahawa pemulihan sejati bermula apabila masyarakat membuka peluang kedua kepada setiap insan untuk kembali membina kehidupan yang lebih baik.

-AA-

Tinggalkan komen anda