Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JALIN Pupuk Mahasiswa Sebagai Pemangkin Perpaduan Negara

By 6 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa (JALIN) Siri 2 Tahun 2025 menjadi wadah penting memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Dr. Yusri Bakir (duduk)

Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasamy, seramai 74 mahasiswa dari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai program bersama mahasiswa institusi pengajian tinggi di negeri Perak iaitu dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Politeknik Ungku Omar (PUO).

Katanya, program tersebut bertujuan mengukuhkan kefahaman serta penerimaan terhadap kepelbagaian etnik dan budaya.

“Mahasiswa perlu menjadi penjaga naratif perpaduan dan penyampai mesej toleransi serta persaudaraan, sama ada di kampus, media sosial atau dalam komuniti,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Taman Indah, Tapah Road di sini, semalam.

Antara yang hadir ke program JALIN di Dewan Taman Indah, Tapah Road

Tambah Saraswathy lagi, perpaduan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi amanah bersama seluruh rakyat termasuk mahasiswa sebagai ejen perubahan sosial dan pemimpin masa hadapan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak serta 22 keluarga angkat yang menjayakan program tersebut sambil menegaskan bahawa perpaduan adalah aset strategik negara dan tunjang kemakmuran Malaysia.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda