Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JTDC Mega Kerjaya 2025 Tawar Ribuan Peluang Pekerjaan untuk Anak Johor

By 27 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Zahid Othman/ Facebook Aznan Tamin

PASIR GUDANG, 27 Okt (MalaysiaAktif) – Lebih 5,000 pengunjung membanjiri hari kedua JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs X PIS X MBPG 2025 di UTC Pasir Gudang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Aznan Tamin, berkata program ini mencerminkan sambutan menggalakkan serta komitmen kerajaan negeri membangunkan modal insan berdaya saing seiring Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.

Aznan berkata kejayaan JTDC Mega Kerjaya merupakan bukti kesungguhan kerajaan negeri memperluas peluang pekerjaan dan memastikan lebih ramai anak Johor menikmati gaji yang kompetitif

“Program tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober ini menampilkan lebih 50 majikan pelbagai sektor dengan 4,512 kekosongan jawatan, termasuk 40 peratus tawaran bergaji lebih RM3,000 sebulan.

“Ia membuktikan keyakinan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi serta menjadi platform memperkukuh ekosistem bakat Johor yang inklusif dan berdaya saing,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Lebih 5,000 pengunjung membanjiri hari kedua JTDC Mega Kerjaya 2025 di UTC Pasir Gudang, menunjukkan sambutan luar biasa terhadap program berimpak tinggi itu

Pada majlis sama, turut berlangsung penyerahan simbolik Geran Peralatan TVET bernilai RM1.5 juta kepada empat institusi latihan dan pendidikan teknikal Johor iaitu JSkills Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Pasir Gudang dan Politeknik Mersing Johor (PMJ) bagi menaik taraf kemudahan serta peralatan latihan mengikut keperluan industri.

Setakat hari kedua, lebih 300 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan, menunjukkan keberkesanan penganjuran ini sebagai platform penciptaan peluang kerjaya berimpak tinggi.

“Alhamdulillah, kejayaan ini bukti kesungguhan kerajaan negeri memperluas peluang pekerjaan dan memastikan lebih ramai anak Johor menikmati gaji yang kompetitif,” ujar Aznan.

-AA-

Tinggalkan komen anda