Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jururadiografi Raih Tempat Pertama Klik@Merdeka dalam Percubaan Julung Kali

By 22 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Syahrizan Noorul Khairi (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 22 Okt (MalaysiaAktif) – Seorang jururadiografi tidak menyangka bahawa rakaman kawasan sawah padi di Kampung Londah, Gemas, Negeri Sembilan yang terkenal dengan keindahan kehijauan alam semula jadi membuahkan hasil pada penyertaan julung kalinya dalam pertandingan fotografi.

Dawinna Yeo Lee Lee, 34, ketika ditemui Malaysia Aktif hari ini meraih tempat pertama dalam Pertandingan Foto Klik@Merdeka 2025 anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN).

“Sejujurnya memang saya terkejutlah sebab saya memang masuk pertandingan ini tanpa sebarang jangkaan pun sebenarnya.

“Jadi, ini memang pertandingan yang memang bagi saya julung-julung kalilah. Pertama kali masuk dan menang,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Foto Klik@Merdeka, di sini hari ini.

Rubaayah ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua Lo Sook Mun.

Pertandingan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 1 September lalu itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas mengikut tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Sementara itu, seorang pengamal media dari Cheras, Kuala Lumpur Lo Sook Mun, 51, memenangi tempat kedua dan membawa pulang RM2,000 menerusi foto sekumpulan remaja yang mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya.

Menurutnya, beliau memilih foto tersebut kerana ekspresi para pelajar sekolah yang penuh dengan semangat kebangsaan ketika menyertai sambutan itu.

“Saya tengok ekspresi itu persembahan itu sangat menarik. Sebab dia jerit, dia macam (sangat) gembira, ekpresi itu kesukaan kepada kebangsaan (negara),” katanya.

Pertandingan Foto Klik@Merdeka 2025 membenarkan peserta menghasilkan karya fotografi menggunakan telefon pintar, kamera digital refleks kanta tunggal (DSLR) atau sebarang peranti rakaman lain dengan menekankan idea serta momen yang segar, asli dan belum pernah dipertandingkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN Rubaayah Osman hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

-RI

Tinggalkan komen anda