Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Kerajaan Komited Pastikan Kesejahteraan Guru, Murid

By 12 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak/Komuniti MADANI Bandar Laguna Merbok

KUALA MUDA, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baharu melibatkan 42 bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Lalang, di sini menandakan bermulanya era pembelajaran moden yang lebih selesa dan kondusif untuk warga sekolah berkenaan.

Penyerahan sijil penghargaan kepada Wakil Jabatan Kerja Raya.

Majlis yang disempurnakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semalam itu melambangkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan infrastruktur pendidikan yang berkualiti disediakan demi kesejahteraan guru dan murid.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Rahim Mat, dalam ucapannya, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan projek berkenaan.

“Kita yakin kemudahan baharu ini akan membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, sekali gus memberi manfaat besar kepada generasi pelajar akan datang,” katanya.

Momen bersama tetamu kehormat dan jemputan di Anjung Utama, SMK Bandar Baru Sungai Lalang.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan serta penyerahan cenderahati kepada wakil agensi dan kontraktor sebagai tanda apresiasi atas kerjasama dan komitmen mereka dalam memastikan projek disiapkan mengikut jadual serta piawaian yang ditetapkan.

Dengan siapnya projek berkenaan , SMK Bandar Baru Sungai Lalang dijangka terus berkembang sebagai institusi pendidikan unggul yang melahirkan pelajar berilmu, berdisiplin dan berakhlak tinggi seiring aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasa sistem pembelajaran abad ke-21.

-RI

Tinggalkan komen anda