Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih 3,000 Rakyat Selangor Raikan HSN 2025

By 11 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 11 Okt (MalaysiaAktif) – Suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor hari ini cukup meriah dengan kehadiran lebih 3,000 rakyat Selangor sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat negeri Selangor.

Mohd Najwan (lima dari kiri) bersama peserta kayuhan Madani sempena HSN 2025 Peringkat Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Selangor Mohd Najwan Halimi, berkata HSN bukan sekadar acara tahunan tetapi simbol tekad rakyat untuk terus aktif, sihat dan bersatu.

“Hari ini kita dedikasikan khas untuk rakyat Malaysia hari untuk kita bersukan dan berekreasi, dengan adanya hari sukan ini, kita harapkan lebih ramai menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Selangor, di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa budaya bersukan perlu diterap sejak di bangku sekolah agar generasi muda membesar dengan gaya hidup aktif dan sihat.

“Bila kita bersukan, badan kita sihat, bila badan kita sihat, otak kita cerdas, bila otak kita cerdas fokus kita bertambah, bila fokus kita bertambah kita dapat bekerja dengan lebih fokus dan produktif,” katanya penuh semangat.

Najwan turut berbangga dengan pencapaian Ikon Sukan Selangor Nor Farah Ain Abdullah, atlet boling padang yang dinobatkan sebagai juara dunia di KejohananWorld Bowls Indoor Championship 2024 Gurnsey.

Mohd Najwan menyampaikan penghargaan kepada Nor Farah Ain Abdullah, atlet boling padang yang dinobatkan sebagai juara dunia di Kejohanan World Bowls Indoor Championship 2024 Gurnsey.

“Kejayaan Farah Ain membuktikan bahawa anak Selangor juga mampu menakluk dunia, tidak mustahil untuk bergelar juara dunia jika kita berusaha,” ujar Najwan.

Pelbagai turut diadakan antaranya Kayuhan MADANI, larian ceria, sukan Diabolo–Yoyo Cina, sukaneka perpaduan, bola jaring, festival bola rotan, memanah tradisional dan pameran interaktif dan jualan barangan sukan.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan Dr. Nazira Abdul Rahman, Datuk Majlis Bandaraya Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Syamsul Tahrin Mohd Tahir.

-RI

Tinggalkan komen anda