Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Malaysia Komited Sokong Amalan Budaya Sukan yang Bersih

By 30 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Md Khairul Azad Yunus/ Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 30 Okt ( MalaysiaAktif ) – Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa menyokong amalan budaya bersukan yang bersih dan adil melalui kepatuhan anti-doping serta integriti sukan.

Dr. Nagulendran semasa berucap merasmikan 2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium

Menurut Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, KBS sedang dalam proses meminda Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) untuk memasukan elemen anti-doping dan integriti sukan sekaligus menunjukan komitmen serius negara kepada perkara itu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan 2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium sebagai salah satu Program Pembangunan Belia dan Sukan sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 di sini, semalam.

Antara wakil-wakil Negara ASEAN yang menghadiri simposium bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025

Menurut satu kenyataan KBS juga, simposium itu menyediakan platform latihan berbentuk teori dan praktikal di samping berkongsi ilmu dan penemuan terkini di dalam aspek anti-doping dan integriti sukan di rantau ASEAN serta peringkat antarabangsa.

“Selain itu program ASEAN ini juga melihat sesi perkongsian mengenai pelaksanaan World Anti-Doping Code dan International Standards 2027, pendidikan berasaskan nilai, pencegahan pengaturan perlawanan serta tadbir urus sukan.

“Program ini telah mandapat penyertaan wakil-wakil negara ASEAN, agensi persekutuan dan negeri, World Anti-Doping Agency (WADA), Japan Anti-Doping Agency (JADA), Korea Anti-Doping Agency (KADA), Sport Integrity Australia (SIA), Asian Football Confederation (AFC), Badminton World Federation (BWF), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Sekretariat ASEAN, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia dan persatuan-persatuan sukan antarabangsa serta kebangsaan,” menurut kenyataan itu lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda