Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Masyarakat Perlu Main Peranan Bersama Bantu Cegah Influenza

By 9 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Ahmad Nizam Abidin/Zayana Isa (Pahang)/unsplash.com

PEKAN, 9 Okt (MalaysiaAktif) – Masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengawal wabak influenza yang dilaporkan kerap melanda penduduk di negara ini.

Pejabat Kesihatan Daerah sentiasa komited memastikan penduduk setempat mendapat maklumat mengenai penyakit Influenza

Bagi seorang pesara guru Mahamad Norizan, 67, walaupun bimbang dengan kes demam influenza yang semakin meningkat namun beliau yakin pihak Pejabat Kesihatan Daerah mampu mengatasi wabak ini.

“Saya yakin pihak mereka akan melakukan sebaik mungkin bagi mengatasi wabak ini dan saya selaku penduduk setempat perlu memainkan peranan bersama,” katanya.

Tambah beliau lagi, masyarakat perlu peka dan cakna mengenai status kesihatan diri dan apabila dijangkiti demam mereka perlu menghindari dari mengunjungi tempat-tempat terbuka.

Antara poster untuk orang ramai mendapatkan maklumat

“Apabila diri kita sudah mula ada gejala demam, batuk dan selsema, saya rasa kita perlu dapatkan rawatan dengan segera dan elakkan dari pergi ke tempat tumpuan orang ramai bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain,” katanya lagi.

Influenza adalah jangkitan virus selsema yang mudah merebak melalui titisan pernafasan seperti batuk dan bersin serta sentuhan dengan permukaan tercemar.

Walaupun gejalanya kelihatan ringan, penyakit ini boleh menjadi serius terutama bagi kanak-kanak, warga emas dan individu berisiko tinggi yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada.

-AA-

Tinggalkan komen anda