Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Hijau Lestari Bukti Komitmen Selangor Tangani Isu Iklim

By 25 Oktober 2025Oktober 27th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 25 Okt (MalaysiaAktif) – Kempen penanaman 11 juta pokok merupakan antara bukti komitmen kerajaan negeri Selangor sebagai usaha mitigasi perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti.

Anfaal menyiram pokok yang ditanam ketika Program Penanaman Pokok di Selayang Baru hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari, berkata pelaksanaan program di peringkat komuniti itu bukan sahaja menambah kawasan hijau, malah mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

“Apabila komuniti mengambil peranan aktif, usaha kerajaan akan menjadi lebih kuat dan berkesan.

“Program ini juga menyokong agenda Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang menekankan pemeliharaan ekosistem dan kelestarian alam sekitar,” katanya semasa merasmikan Program Penanaman Pokok Kampung Selayang Baru Hijau Lestari, di sini hari ini.

Kelihatan para jemputan menanam pokok sempena Program Penanaman Pokok Kampung Selayang Baru Hijau Lestri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer itu menegaskan, aktiviti menanam pokok bukan sekadar acara simbolik tetapi merupakan tanggungjawab berterusan bagi memastikan pokok yang ditanam dijaga, dipelihara dan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat.

Beliau turut menegaskan semangat sebenar kelestarian perlu disemai di semua peringkat masyarakat agar usaha hijau ini terus kekal dan berimpak.

Beliau turut menarik perhatian kepada beberapa bencana alam yang berlaku baru-baru ini termasuk kejadian ribut di Sijangkang dan banjir di Kedah yang melibatkan hampir 900 mangsa.

Menurutnya, insiden berkenaan menjadi peringatan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar yang mampan bagi mengurangkan risiko bencana pada masa depan.

-RI

Tinggalkan komen anda